KENALI NORSIAH MOHAMED
Profil Profesional
Norsiah Mohamed ialah seorang Real Estate Leader & Property Consultant dengan pengalaman sejak 2015 dalam bidang hartanah, tanah dan perancangan legasi.
Beliau kini bersama IQI Realty Sdn. Bhd. sebagai Leader, dengan fokus kepada jual beli hartanah, tanah pertanian, projek pembangunan, lot banglo serta urusan pusaka dan perancangan legasi Islam.
No Lesen Hartanah: REN 19006
Kawasan Perkhidmatan: Kuala Lumpur • Selangor • Melaka • Perak
Pengalaman Profesional
2015 – 2016
Mitra Valuers & Property Consultant
2017
Real Tech Estate
2019 – Kini
Leader, IQI Realty Sdn. Bhd.
Sepanjang penglibatan dalam industri hartanah, Norsiah membina kepakaran dalam subsales, rental, projek, tanah pertanian, lot banglo dan strategi pembangunan tanah.
Kepakaran Pewarisan & Perancangan Legasi Islam
Selain hartanah, Norsiah mempunyai pengalaman khusus dalam bidang pewarisan Islam, termasuk dokumentasi dan urusan:
Hibah
Wasiat
Faraid
Urus Pusaka
Perancangan Legasi Keluarga
Perancang Pewarisan Islam, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
No. Lesen: PPIMAIS0004
Mei 2022 – Februari 2028
Pencapaian:
🏆 Tempat Kelima Terbaik PPI MAIS 2024
• 3 kes Hibah
• 7 kes Wasiat • 5 kes Uruspusaka
Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Perunding Legasi Prima, Pusaka KUDS Sdn. Bhd. (Sambilan) dari Disember 2019 hingga Mei 2022.
Pencapaian:
🏆 J2S Achiever – March & April 2021, August 2021, October & November 2021
Pengalaman transaksi merangkumi Hibah, Wasiat dan Urus Pusaka.
Pencapaian Dalam Hartanah
Antara pencapaian yang membentuk pengalaman dan kredibiliti Norsiah:
🏆 Top Subsale Performer – June & December 2024
🏆 Top Rental Performer – May 2025
🏆 Top Project Performer – August 2025
🏆 Top 3 Putrajaya Region – August 2025
Team Sales Achievement 2025: RM11,990,052
Ilmu, Penulisan & Penerbitan
Norsiah turut aktif dalam bidang penulisan, penyuntingan dan penerbitan ilmu melalui penglibatan bersama Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia.
Antara karya yang telah diterbitkan:
131 Tanda Kecil Kiamat – Dunia Semakin Berakhir, Persiapkan Diri
Fiqh Asasi Sunnah Untuk Pemula – Kitab Taharah
131 Tanda Kecil Kiamat – Versi Kemas Kini
Waktu Mustajab Doa
Fiqh Asasi Sunnah Untuk Pemula – Kitab Salat: Salat itu Mudah Jom Upgrade!
Hadith Maqlubah – Edisi Revisi 2025
Penyunting & Penerbit, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Penglibatan Organisasi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Setiausaha — 2019–2022
Timbalan Pengerusi 1 — 2024–April 2026
Penyelaras Projek Penarafan Keusahawanan Sosial (SEMy2030)
Prinsip Norsiah “Saya percaya setiap urusan hartanah bukan sekadar transaksi, tetapi melibatkan nilai, amanah dan masa depan keluarga.“
Dengan gabungan pengalaman hartanah, ilmu pewarisan dan pemahaman tentang perancangan legasi, Norsiah berusaha memberikan solusi yang bukan sahaja praktikal, tetapi mengambil kira nilai harta, kepentingan keluarga dan masa depan legasi.
Hubungi Kami untuk konsultasi Hartanah, Tanah, Urus Pusaka dan Perancangan Legasi.
